Setiap manusia mempunyai cita-cita yang tersendiri. Pasti cita-cita tersebut tinggi melangit. Satu persoalan yang bermain difikiran selepas itu, boleh capai atau tidak?
Cita-cita Aisyah banyak kali berubah mengikut arus waktu, bermula dari zaman sekolah, aku nak jadi cikgu math. Tiba-tiba dapat sambung belajar ke UiTM bidang PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH.
Bila dah nak habis diploma, aku nak sambung ijazah dalam TOWN PLANNING juga dan jadi PEGAWAI PERANCANGAN BANDAR ataupun TOWN PLANNER kat syarikat swasta. Tiba-tiba dapat ijazah dalam PENGURUSAN TAMAN DAN AMENITI.
Bila hampir tamat ijazah, Aisyah letak cita-cita nak kerja bidang landscape, tourism dan seumpamanya. Tiba-tiba rezeki Aisyah dapat kerja bidang FOOD SAFETY Consultation.
Sekarang cita-cita Aisyah dah berubah lagi. Ingin upgrade ilmu dalam bidang foodsafety ni, agar dapat membantu lebih banyak syarikat pengeluar makanan dapat memohon logo halal (sijil halal) untuk produk mereka.
Syarikat Aisyah kerja ni bukan hanya consult untuk sijil HALAL sahaja. Sijil Mesti, HACCP & GMP pun ada. Aisyah fokus satu-satu dulu untuk upgrade skill Aisyah. Kita fokus HALAL dulu. Nanti slow-slow belajar handle yang lain pula.
Untuk kesimpulannya, mempunyai cita-cita itu bagus. Yang tak bagusnya, kita tak cuba untuk gapai cita-cita tersebut seperti Aisyah, layan sahaja apa yang datang. Hahaha. Jangan jadi seperti saya ye kawan-kawan. Sekian.
segala apa yg kita idamkan x semestinya dapat dicapai. bersabarlah.
BalasPadamTu lah.. Just mampu usaha terbail je..
BalasPadamLayan apa yang datang pun okay je Aisyah..
BalasPadamSemoga semangat Aisyah untuk tambah skill dalam bidang kerja Aisyah sekarang ini dipermudahkan Allah.. Aamiin..