PEMBEKAL TIADA SIJIL HALAL. APA PERLU BUAT? TIPS HALAL 3#

Kes ini terjadi hari ini apabila client Aisyah bagitahu bahawa syarikat mereka mengambil stok kacang dari kilang yang tidak mempunyai sijil HALAL tetapi pembekal kepada kilang tersebut ada sijil HALAL.

Untuk kes sebegini, pihak syarikat diminta kemukakan sijil HALAL dari pembekal kilang tersebut. 

Andai kata kilang tersebut telah menjalankan proses kepada kacang (tambah garam atau pembungkusan semula) diminta untuk minta kepada kulang tersebut carta alir proses penambahan garam atau proses pembungkusan semula tersebut. 

Andai kata kilang tersebut tidak menjalankan apa-apa proses (beli dari pembekal dan terus hantar kepada pelanggan tanpa apa-apa proses) pihak syarikat tidak perlu kemukakan proses tersebut, hanya minta sijil halal pembekal kilang tersebut sahaja.

Contohnya: Syarikat kacang mix telah mengambil kacang dari kilang kacang yang tidak mempunyai sijil halal. Tetapi kilang kacang tersebut tidak melakukan apa-apa proses pada kacang tersebut termasuk pembungkusan semula. Kilang kacang beli dari pembekal 500kg dan jual pada syarikat kacang 500kg juga tanpa ada apa-apa perubahan. Jadi, syarikat kacang hanya perlu minta pada kilang kacang tersebut sijil halal pembekal kilang itu sahaja.

Harap-harap anda faham apa yang Aisyah terangkan ni. Hahaha. Andai ada apa-apa soalan berkenaan permohonan HALAL, boleh tanya Aisyah. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama