MASIH ADA KE ORANG YANG LAYAN BLOG??

Aisyah dah lama tak buat posting dalam blog Aisyah ni. Bukan berhabuk je, dah berlumut dah pun.

Sejak Aisyah tinggalkan blog tahun 2022, macam-macam yang terjadi dalam hidup Aisyah.

Bermula dengan terperangkap banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam selama 3 hari pada hujung tahun 2021. Kemudian Aisyah bertunang pada hujung tahun 2022 dan berjaya mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2023.

Its a big and long story untuk Aisyah ceritakan satu-satu kisah. Lagipun ada ke yang masih layan blogging?? Hahaha

Kalau ada, tinggalkan lah jejak anda supaya Aisyah tahu masih ada orang yang layan blog ni.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama