3 JENIS TEMPAT AKTIVITI MENARIK UNTUK BERCUTI SELEPAS KES COVID-19 MENURUN

Disebabkan Covid-19 terus menular disekeliling kita, kita terpaksa untuk terus mengurung diri dirumah. Biasanya setiap kali cuti sekolah pasti PERCUTIAN MENARIK yang memenuhi waktu cuti sekolah tersebut. Kini tidak lagi, cuti sekolah malahan orang bekerja juga turut tidak teratur waktu kerja dan cutinya.

Pasti ramai yang mengimpikan sebuah percutian yang menarik selepas Covid-19 hilang dari muka bumi ini, tak hilang pun kes menurun sahaja sudah cukup untuk menikmati percutian yang sudah lama diidamkan. 

Sudah sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara yang banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Tidak hairan lah ada orang barat yang sanggup berpindah ke Malaysia kerana terpikat dengan keindahan Malaysia.

Pada pendapat Aisyah, percutian yang menarik boleh dibahagikan beberapa bahagian:

1. Hutan

Hutan biasanya untuk sesiapa yang suka hiking, photography burung dan pokok-pokok, camping, water tubing dan rafting, masuk gua dan sebagainya. Mejoriti sesiapa yang memilih aktiviti ini merupakan orang yang lasak.

2. Laut

Laut dan pantai tidak dapat dipisahkan. Apabila sebut laut atau pantai, mesti terfikir PULAU. Ya! Bercuti dipulau yang mempunyai pantai yang indah disertai dengan aktiviti snokerling dan diving sangat seronok setelah sekian lama tidak keluar dari rumah. Tidak lupa juga bermain banana boat dan jetski sangat mencabar untuk badan kita yang sudah lama dimanjakan dirumah.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan jika kita memilih LAUT sebagai percutian selepas COVID-19 reda.

3. Taman tema

Sesiapa yang memilih taman tema untuk percutian selepas Covid-19 reda merupakan pilihan yang paling mudah dan menyeronokkan. Biasanya sesiapa yang memilih tempat sebegini hanya sebagai pelawat, bukan pelancong. 

Selain dapat membantu meningkatkan kembali ekonomi taman tema tersebut, kita juga boleh mengurangkan tekanan yang telah kita kumpul sepanjang pandemik ini. 

Jenis-jenis taman tema seperti rekreasi air, budaya dan seni, safari (haiwan), hiburan, cabaran 'adventure' dan 'underwater'. Semua ini mempunyai fungsi dan aktiviti utama yang tersendiri untuk para pengunjungnya.

Jelas tak? Atau terlebih jelas dengan apa yang Aisyah cerita ni? Atau ada yang sudah mula berangan untuk pergi kemana selepas kes Covid-19 turun? Aisyah rasa semua sudah boleh mula untuk kumpul duit untuk pergi bercuti setelah kita selamat dari pandemik ini.

Moga apa yang Aisyah kongsikan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. 


SUNWAY LAGOON merupakan taman tema air yang sentiasa mengikut peredaran zaman

2 Ulasan

  1. Tak kisah mana-mana pun, tak sabar nak check in hotel je lepas semua ni reda....rinduuu bau sabun hotel. haha tibeh.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama