Posting kali ni more pada tutorial macam mana nak check produk A ni betul-betul ada sijil HALAL atau tak.
Tahap kesedaran manusia tentang HALAL makin meningkat selari dengan tahap teknologi dunia. So, mari Aisyah bantu macam mana nak semak.
CARA SEMAK SIJIL HALAL UNTUK PRODUK
1 - Pergi website MYeHALAL
2- Nampak tak petak atas sebelah kanan SEMAK STATUS HALAL. Taip nama yang anda nampak pada produk tersebut. Contohnya, air mineral ni (Aisyah capai apa yang ada dekat Aisyah je ni)
3- Okey, taip MEADOWS. Lepas tu tekan button search tepi dia tu.
4- Okey, nanti dia akan muncul list dekat sebelah kiri, korang pilih yang mana ada nombor.
Ini maksudnya produk atas nama MEADOWS tadi mempunya 152 produk.
5 - Lepas tu dia akan muncul semua 152 list tersebut. List tu adalah bukti bahawa produk tersebut mempunyai sijil HALAL yang masih sah (belum tamat tempoh).
Alamak, ternampak pulak bateri Aisyah dah low. Hahaha. Okey, itu sahaja tutorial dari Aisyah tentang CARA SEMAK STATUS HALAL UNTUK PRODUK. Terima kasih.