Pada posting sebelum ni, Aisyah ada cerita CHECKLIST UNTUK PERMOHONAN HALAL. So, posting kali ni berkenaan dengan PUNCA PERMOHONAN HALAL DITOLAK. This posting is based on my experience.
Banyak sebab PERMOHONAN HALAL ditolak, tapi Aisyah nak share 4 PUNCA PERMOHONAN HALAL DITOLAK:
1- Label produk mengelirukan pengguna
Kita sebagai pengguna pasti akan lihat label pada pembungkus makanan dulu untuk tahu apa isi dalam pembungkus tersebut. Kalau tertulis pada label tersebut "DAGING SINGA MENGAUM" adakah kita terfikir itu daging lembu atau daging singa? Pasti kita akan terfikir itu adalah daging singa. Ini akan mengelirukan pengguna.
Seterusnya tulisan berlainan bangsa pada label akan membuat pengguna tidak tahu apa maksud tulisan tersebut. Contoh, tulisan cina tetapi tidak diselitkan terjemahannya. Ini akan mengakibatkan pengguna ragu-ragu dengan logo halal yang terdapat pada label tersebut.
2- Ramuan (ingredient) yang digunakan tidak mempunyai sijil HALAL
Pastikan produk yang kita keluarkan adalah 100% halal. Bermula dari penapis air yang kita gunakan hingga setiap gula dan garam yang kita gunakan semua mempunyai SIJIL HALAL. Biasa terjadi pada pemohon yang ingin memohon HALAL untuk produk berasaskan daging. Biasanya daging akan diimport dari NEW ZEALAND. JAKIM ada menyediakan senarai logi penyembelihan dari negara-negara yang meng-export daging ke MALAYSIA. Jikalau sijil HALAL dari loji penyebelihan tersebut tiada dalalm senarai, maka akan menjadi masalah untuk membuat permohonan HALAL.
3- Tidak mempunyai lesen perniagaan dari PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Apakah lesen PBT ini? Biasanya syarikat INDUSTRI KECIL SEDERHANA atau syarikat yang baru memulakan perniagaan tidak cakna dengan lesen ini. Ada beberapa permohonan HALAL yang mempunyai masalah tidak mempunyai lesen PBT dan ada juga yang lesen BPT sudah tamat tempoh.
Senang dikatakan, LESEN UNTUK KEBENARAN BERNIAGA untuk kawasan tersebut. Ikut istilah PERANCANG BANDAR, kawasan jajahan sesebuah majlis.
4- Tidak menghantar dokumen sokongan mengikut masa yang ditetapkan
Setiap permohonan HALAL yang dihantar mestilah mempunyai dokumen sokongan. Biasanya setiap JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI akan beri tempoh 5 hingga 14 hari (setiap negeri mempunyai lain-lain tempoh) dari tarikh permohonan dihantar. Jikalau pihak pemohon tidak dapat menghantar dokumen tersebut dalam tempoh berkenaan berkemungkinan besar permohonan itu akan ditolak.
Bukan itu sahaja, apabila terjadinya status TIDAK LENGKAP pada permohonan kita, biasanya tidak lengkap ini terjadi apabila ada dokumen yang dihantar tidak mencukupi untuk permohonan tersebut. Jadi pihak pemohon mestilah segera menyediakan dokumen tersebut dan hantar ke jabatan agama islam dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tidak, permohonan HALAL tersebut terpaksa ditolak dahulu sementara pihak pemohon melengkapkan dokumen yang tidak lengkap tersebut. Setelah semuanya lengkap baru buat permohonan semula.
Agak leceh kan jika PERMOHONAN HALAL DITOLAK? Ingin bimbingan untuk permohonan HALAL dari A sampai Z? Aisyah sedia membantu.
Tags:
halal jakim