Biodata RAMLEE AWANG MURSHID |
Siapa yang tidak kenal dengan novelis terkenal RAMLEE AWANG MURSYID kan?
Aisyah kenal RAMLEE AWANG MURSYID pun sebab adik Aisyah minat sangat baca novel dia. Sampai Aisyah pun terikut baca. Tapi Aisyah tak minat membaca, jadi Aisyah baca satu novel je. Lupa lah apa namanya.
Aisyah buka instagram tadi dan ternampak satu posting dari akaun BUKU PRIMA yang menyatakan bahawa penulis novel tersebut sedang menerima rawtaan di ICU kerana mengalami sesak nafas akibat komplikasi kesihatan TETAPI BUKAN SEBAB DIJANGKITI COVID-19.
Era pasca-Covid ni kita secara automatik memang akan mementingkan kesihatan. Sebelum covid bermula, kita anggap biasa kalau dengar berita orang sesak nafas, "Dia semput la tu". Tetapi sekarang bila orang bersin sikit sahaja dah mula takut.
Semoga Novelis Terkenal RAMLEE AWANG MURSHID diberi kesembuhan dan dipermudahan segala urusan.