tips jimat berbelanja by Aisyah


okey , as student kita biasa dengan perkataan "jimat" dan "duit tak ada" . so here , i want to share to all my beloved readers how to manage your PTPTN money when youre in college . tips ni based on my experience lah . haha . terpulanglah pada sesiapa yang tak setuju . boleh komen kat bawah tu okey .

okey , first : ni bajet yang memang RM0 masa nak masuk sem 1 , biasanya yuran masuk mak ayah settle kan?? so kita normally akan ambil WPP thats means WANG PENDAHULUAN PENDIDIKAN (kalau tak silap lah) RM1500 . okey , duit ni sila beli peralatan yang basic je okey , paling banyak boleh RM350 je . pastikan beli benda yang korang tak boleh hidup if tak ada benda tu . better korang buat checklist dulu sebelum membeli . ni tips untuk jimat okey , so jangan tanya "eh , mana boleh kasut 1 je" "beg nak banyak boleh tukar-tukar tiap hari".

makanan :
- manggi 2x
- gula (kalau boleh ambil mak punya sikit lagi bagus)
- garam (ni tak perlu sangat , tapi if kat kolej korang ada pokok mangga , wajib ada benda ni)
- tea (if minat) beli yang kecil
- milo (if minat) beli yang kecil
- kicap (if minat) bajet sampai hujung sem
- sos (if minat) bajet sampai hujung sem
- madu (if minat) beli yang murah
- oat (if minat) bajet sampai hujung sem
- kordial (biasanya beli kordial jenama JALEN) tak perlu gula , just tambah air sahaja .  

barang mandian :
- sabun mandi beli botol besar punya
- shampoo beli besar punya 
- berus gigi beli banyak (dalam 5 batang) boleh jimat untuk sem akan datang
- pencuci muka (ni terpulang sebab muka lain-lain)
- ubat gigi beli yang combo kalau boleh
- baldi and tempat letak barang mandian kalau boleh beli yang murah
- berus baju
- sabun baju and pewangi tu beli yang besar okey 

normally masa diploma dulu , sabun baju dengan pewangi akan tahan sampai 2 sem . so pastikan beli yang besar okey .

lain-lain : biasanya benda ni dah sedia ada
- sikat
- alat-alat make up 
- minyak rambut
- beg pergi kelas (pastikan jangan lebih RM40)
- kasut pergi kelas ( jangan lebih RM60) pastikan kasut tu tahan untuk satu sem , sebab pakai tiap hari . biasanya beli kasut kat YEBENG murah around RM30-RM35 je .
- bantal , selimut , cadar beli yang murah okey
- pakaian yang penting and 'roti' untuk perempuan hehe

okey , settle bab beli-beli barang masuk kolej . pastikan tak lebih dari RM350 ye adik-adik . kalau terlajak pun sampai RM500 je . 

okey , sekarang fikir tentang kehidupan di kolej .
PTPTN untuk pelajar UiTM untuk fakulti SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR biasanya akan dapat RM1500 tolak tambah lepas bayar yuran semua . 

so , dari sini kita mesti mula buat list "do and don't" . what we must do and what we can't do . so , bajet lah . macam aisyah , aisyah bajet makan RM8 tiap hari . sebab dah ada milo and oat untuk sarapan . untuk makan tengahari and malam bahagikan secukupnya okey . tak perlu kut beli air . bawa bekal air kosong . 

okey , bercerita tentang air kosong . kalau boleh korang beli la botol tong besar tu bukan yang 1 liter tu , beli yang 5 or 6 liter tu . biasanya if beli air tapis yang ada kat kolej tu untuk penuh botol besar tu around RM0.80 je sekarang . so kita just bergantung pada air tu je okey . if nak manis , kita bancuh kordial JALEN yang kita beli tu . sejuk ? nak ais ? tak perlu .. sebab ais ni akan melemahkan badan kita . 

then , siapkan RM500 (ikut course jugak lah) untuk beli buku , potostat buku , projek , and so on .. biasanya dari awal semester sampai hujung paling banyak pun dalam RM600 kalau fikir-fikir balik . kita biasanya tak nampak duit tu pergi sebab kita tak alert apa yang kita belanjakan .

ha ! disini , aisyah syorkan (ececeh) pada adik-adik untuk beli printer . sebab banyak kegunaan printer ni .
FIRST : senang boleh print dengan percuma 
SECOND : boleh berniaga dengan kawan-kawan

kalau nak beli printer , beli awal-awal sem . sebab , duit masih banyak (senang nak bajet perbelanjaan kemudian) dan kawan-kawan memerlukan khidmat printing kita . so boleh pusing modal ink dan jugak duit makan . 

nak berniaga ni hati mesti kuat . kena hadap kawan lupa hutang . muka kena tebal mintak hutang . bila kawan salah print dorang tak nak bayar .. itu risiko .. kita mesti hati-hati masa print untuk mengelakkan semua tu terjadi . untuk jimat print , boleh la adik-adik search kat youtube untuk jimat ink printer . printer aisyah masih sama macam baru beli , tapi aisyah on the way nak belajar cara inject ink . sebab nak beli ink original hitam + warna cecah RM70 . memang mahal . if kita just inject ink kat bekas dia , so jimat masa nak pergi beli ink dan jimat tenaga .

lagi 1 perniagaan yang sesuai dengan student ialah agen topup . aisyah jadi agen topup sejak diploma lagi . memang sikit tapi berbaloi . berbaloi untuk diri sendiri . sebab ofcourse la dapat untung , dan kita pun tak perlu risau untuk topup sendiri . nak cari syarikat topup mesti kena betul-betul cari . pastikan peratus keuntungan tinggi . just mesti rajin untuk bank in modal topup setiap seminggu ataupun setiap hari (ikut pada permintaan)

sediakan bekas yang berlainan dari duit kita , untuk duit berniaga ni . dari sini kita akan nampak duit kita meningkat dari hari ke hari . 

kumpul duit syiling 50 sen . setiap kali korang dapat 50 sen , korang simpan . ini untuk digunakan hujung sem nanti . bila korang dah pokai , boleh lah beli makanan guna duit tu . 

untuk shopping dan jalan-jalan . untuk jalan-jalan , aisyah tak pernah masukkan dalam list masa study , sebab MEMANG TAK CUKUP DUIT kalau korang jalan-jalan . untuk shopping pula , aisyah akan beli baju sehelai dan beberapa pasang tudung sahaja (still ingat ni tips jimat duit PTPTN) . tak payah shopping lagi bagus . if nak jalan-jalan , pastikan tak sampai RM50 okey ? 

then aisyah join dropship . sedia maklum memang dalam sem memang busy . so bila nak update barang dropship dalam instagram ? upload time makan dan time free . it is okey kalau seminggu sekali . asalkan ada update . so far , paling banyak aisyah dapat RM80/day paling sikit RM5/day selalunya tak dapat langsung . boleh lah lepas makan . hehe

bab basuh baju .. TOLONG Tolong tolong , jangan pakai mesin basuh . seboleh-bolehnya basuh pakai tangan okey adik-adik . tolong jimat duit korang . tolong cari masa free untuk luangkan masa dengan baju kotor korang tu . jadi rajin sikit okey . tak lama lagi habis belajar nak jadi isteri orang kan ? so dari sini lah nak belajar jadi rajin . ahaks .

so apa lagi yanag aisyah tak curahkan ilmu jimat aisyah eh ? apa-apa kemusykilan , boleh lah komen kat bawah letak sekali link blog korang ataupun email korang ataupun no whatsapp korang agar memudahkan aisyah nak terangkan balik .. hehe . thats all for today .. have a nice day .. muah !

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama