kredit: ZiraZaini (tiktok)
KENAPA TELUR CEPAT BUSUK?
APA CARA TERBAIK UNTUK SIMPAN TELUR?
Ramai orang ambil mudah dengan cara penyimpanan makanan yang satu ni, TELUR.
Tahukah anda bahawa telur boleh mengakibatkan keracunan makanan jika kita tidak prihatin tentang cara penyimpanannya. Hari ini Aisyah nak share sikit tips tentang cara penyimpanan telur yang betul.
Secara amnya telur boleh kekal segar sehingga 66 hari jika kita simpan dengan cara yang betul.
CARA PENYIMPANAN TELUR DENGAN BETUL:
1. Buang telur yang sudah retak
Biasanya ramai yang terlepas pandang dengan yang retak ni. Kadang-kadang kita tak sedar telur yang kita beli tu dah retak. Dalam perjalanan kita balik dari kedai mungkin telur tu terhimpit dengan barang keperluan yang lain boleh menyebabkan telur itu retak.
Tahukah anda bahawa telur yang retak itu telah terdedah dengan bakteria SALMONELLA yang akan mengakibatkan keracunan makanan.
2. Buang telur yang sudah melebihi tarikh luput
Kadang-kadang telur yang sudah melebihi tarikh luput masih elok keadaannya. Tetapi adakah anda yakin bahawa telur tersebut selamat untuk dimakan?
Pada tahun lepas (2020) ketika kita sedang bergembira meraikan Hari Raya AidilFitri, kita dikhabarkan tentang kematian seseorang akibat dari memakan telur yang sudah tamat tempoh. KLIK SINI untuk baca berita tersebut.
Untuk pengetahuan anda, kulit telur mempunyai liang-liang halus dan selaput nipis menutupinya yang dipanggil CUTICLE. Selaput berkenaan berfungsi sebagai dinding yang menahan dari bakteria masuk ke dalam telur. Semakin lama tempoh telur itu, semakin terbuka liang-liang tersebut dan akan mengakibatkan bakteria masuk ke dalam telur tersebut.
3. Cara penyimpanan telur bergantung pada suhu sekeliling
Cara yang paling sesuai adalah dengan menyimpan telur didalam bekas yang tertutup dan dengan suhu yang sesuai. Tahukah anda bahawa suhu bilik akan mengekalkan kesegaran telur selama 2 minggu, manakala suhu peti ais pula akan mengekalkan kesegaran telur 3 hingga 5 minggu lamanya. Menarik bukan?
4. Basuh telur hanya ketika hendak masak
Seperti yang diberitahu pada point kedua, telur mempunyai selaput nipis yang akan menahan bakteria masuk ke dalam telur. Apabila kita basuh telur tersebut, maka selaput tersebut akan hilang dan bakteria mudah masuk ke dalam telur.
Menarik bukan fakta berkenaan CARA PENYIMPANAN TELUR ni. Mudah-mudahan info ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua. JOM JADI SIHAT DENGAN AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL.
Tags:
food safety