CHECKLIST UNTUK PERMOHONAN HALAL

 


[NAK MOHON HALAL UNTUK PRODUK SENDIRI TAPI TAK TAHU SYARAT-SYARATNYA]

Aisyah share sikit syarat-syarat untuk permohonan halal ya.

𝟭. 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗦

Perkataan lain, sudah mempunyai tempat pemproseskan produk yang khas, bukan di rumah ya. Premis sudah beroperasi selama 3 bulan atau lebih.

𝟮. 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗦𝗦𝗠

Sijil SSM ni walaupun bisnes kecil pun patut mohon dah untuk nampakkan yang kita ni serious dalam bisnes ni. Sijil SSM ni digunakan awal-awal lagi untuk kita daftar sistem HALAL. Kalau tak ada sijil ni memang tak akan lepas.

𝟯. 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗟𝗘𝗦𝗘𝗡 𝗣𝗕𝗧

Siapa suka masuk rumah orang tanpa izin? hahaha. Macam tu lah kita mesti ada lesen PBT ni untuk kebenaran kita membuka permis dalam kawasan jajahan Pihak Berkuasa tersebut.

𝟰. 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚-𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡𝗚𝗡𝗬𝗔 𝟮 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

2 orang pekerja Muslim ni memang wajiblah kalau nak mohon HALAL untuk produk korang. Mejoriti IKS memang akan susah dalam bab pekerja ni lagi-lagi syarikat non-muslim. Untuk syarikat yang masih tak mempunyai pekerja Muslim, jangan risau, anda boleh mohon HALAL ni sambil cari pekerja. Sebab nak mohon HALAL ni bukan sehari dua. hahaha. Sempat je nak cari pekerja.
Nak kami bimbing untuk permohonan HALAL? Kami sedia membantu anda. Kami akan uruskan dari pendaftaran sistem HALAL sehingga permohonan anda diluluskan.

1 Ulasan

  1. Menarik ni. Tq for sharing. 😊💕Jemput singgah BW blog Syu 👉🏼https://www.syuderis.com/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama