Ada customer Aisyah ni buat permohonan HALAL untuk produk teh. Seperti biasa setiap isi ramuan yang ada dalam produk tersebut mestilah di isytiharkan di dalam sistem. So, ramuannya hanyalah teh kerana dia buat packing balik menggunakan label sendiri.
Teh yang digunakan adalah diimport dari luar negara. Nak dijadikan cerita, sijil HALAL dari negara tersebut untuk teh tu sudah tamat tempoh dan syarikat tersebut sudah pun buat permohonan untuk pembaharuan sijil HALAL dia. Kita semua dah tahu covid ni punca segala-galanya menjadi lambat, proses apa pun semua lambat. So, lambatlah syarikat tersebut nak dapat sijil HALAL tu. Macam mana client Aisyah ni nak buat permohonan HALAL kalau dia tak dapat sijil halal dari pembekal??
Okey, tips dia, jangan pening-pening nak tunggu pembekal dapat sijil halal yang baru. Minta sahaja surat pengesahan dari pihak pembekal menyatakan mereka sedang dalam proses pembaharuan sijil halal.
Ini tips untuk sesiapa yang ada pembekal dari luar negara lah. Kalau dalam negara?
Tips yang ohsem.. memudahkan proses sijil Halal..
BalasPadam