Permohonan HALAL yang menakutkan

Aisyah terpanggil untuk share pada sekalian pembaca blog Aisyah berkenan dengan sebuah syarikat yang menjual produk buah musang king.

Pada mulanya kami tiada ragu apa-apa berkenaan dengan syarikat ni. Syarikat ni beroperasi seperti biasa, ada staff melayu, boss syarikat ni pun baik dengan kami, buat bayaran pun cepat, respon pun cepat. Boleh dikatakan mudah bekerjasama dengan kami.

Semua berubah menjadi pelik selepas proses audit. Seperti biasa setiap syarikat akan ada kesalahan-kesalahan kecil yang perlu dibaiki setelah pihak audit datang. So, kami sebagai consultant, minta pihak syarikat tersebut menutup segala kesalahan-kesalahan tersebut dan hantar pada pihak HALAL. Untuk pengetahuan semua, permohonan HALAL bukan dipohon pada JAKIM ya. Kita hantar pada jabatan agama negeri tersebut.

Nak dijadikan cerita, selepas kami baiki segala kesalahan semasa audit, status permohonan pun bertukar menjadi 'pengesahan panel'. Biasanya status ini menandakan permohonan tersebut 90% telah lulus hanya tunggu mendapat sijil halal sahaja. Tetapi tidak untuk syarikat ini, setelah menunggu hampir sebulan, tiba-tiba status 'pengesahan panel' bertukar menjadi 'ditolak'. Kenapa?

Sumpah kami terkejut, sebab tak pernah kejadian seperti ini terjadi. Kebiasaannya, setiap apa yang terjadi pasti akan disertakan dengan surat. Tetapi untuk kes ini kami tak dapat apa-apa surat. Kami dah risau apa nak bagitahu pada pihak syarikat, kenapa ditolak.

Kesian Aisyah tengok boss Aisyah tak senang duduk, yelah, client baik dengan kami, tiba-tiba permohonan ditolak. Apa salah lagi? Kat mana yang silap? Pihak syarikat pun tak ada bagitahu pada kami apa-apa andai mereka dah tahu dulu permohonan mereka ditolak.

Pasti semua orang akan cakap 'call je lah pegawai halal tu tanya kenapa ditolak'. Kami risau pihak pegawai kata mereka dah bagitahu pihak syarikat tu dahulu sebelum kami call. So, kami buntu nak call pihak syarikat dulu atau call pegawai dulu?

So, Aisyah decide call staff syarikat tu selepas waktu bekerja. Memang terkejut, rupanya ada kes disebalik status 'ditolak' tersebut.

Mereka memang banyak menipu dalam mengistiharkan ramuan dalam produk mereka. Mereka tak bagitahu kami pun semua tu. Kami ingat semua tu adalah original, rupanya banyak yang mereka sorokkan dari kami untuk dapatkan sijil halal tersebut. Memang patut pun permohonan mereka ditolak. Kami sebagai consultant pun ditipu hidup-hidup untuk mendapatkan halal untuk mereka.

Aisyah terfikir, andailah banyak dah syarikat yang Aisyah bantu untuk permohonan HALAL ni menipu seperti syarikat ini juga, adakah rezeki Aisyah tak berkat? Lagipun Aisyah tak tahu mereka menipu atau tidak. Bila terkantoi macam ni baru tahu. Syukur sangat-sangat pihak jabatan agama islam dapat kenalpasti penipuan mereka. Antara penipuan mereka:

1- tempat pemprosesan tak bersih, makan dalam tempat pemprosesan

2- ramuan meragukan, ramuan tersebut tidak diisytiharkan dalam sistem halal

3- tipu resit belian ramuan. Resit pembelian bahan ramuan dibuat sendiri.

Untuk ramuan tu, pihak kami sudah maklumkan, andai ramuan tersebut tidak ada halal, boleh bagi pada kami carta alir pemprosesan. Membuktikan pembuatan ramuan tersebut adalah bersih dan tidak ada apa-apa bahan yang haram didalamnya. Tetapi pihak mereka tidak bagi apa-apa dokumen seperti itu untuk ramuan tersebut.

Untuk sesiapa yang berniat untuk menipu dalam permohonan halal, diminta untuk bertaubat segera. Memang kalian lepas didunia, tetapi diakhirat macam mana? Renung-renungkan lah.

1 Ulasan

  1. Terima kasih Aisyah untuk perkongsian ni. Bukan nak cakap apa lah kan. Ada jugak sektor lain yang guna tektik suka menipu ni. Bila buat submission okay. Tapi bila buat inspection baru tau banyak mengencing😅.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama