1000 BAUCAR PELANCONGAN DISEDIAKAN UNTUK PENDUDUK SELANGOR


WOW! memang wow lah kan apabila dengar benda-benda percuma ni.

Aisyah terbaca dalam SelangorKini dan mstar mengenai BAUCAR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR 2.0 ini.

Menurut berita, RM100 boleh mula ditebus mulai Oktober ini. Baucer ini boleh digunakan terus untuk kegunaan penginapan di hotel, inap desa dan taman tema yang berlesen di seluruh SELANGOR. Baucar ini boleh ditebus melalui platform e-dagang Shopee sahaja. Sebelum ini, BPNS 1.0 pada Januari lalu boleh ditebus melalui Lazada dan Touch 'n Go eWallet.

Menurut EXCO Pelancongan, tujuan baucar ini diberikan kerana kebenaran rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan selain boleh meningkatkan industri pelancongan dalam Selangor.

18 Disember lalu, Selangor telah melancarkan program yang sebegini juga bernilai RM200 setiap satu tebusan untuk penduduk Selangor yang menginap di hotel dan inap desa berlesen dan taman tema.

So, dah tahu dah nak guna baucar ni untuk pergi mana? Share sikit dengan Aisyah plan-plan orang Selangor selepas dapat baucar ni. Aisyah masih tak plan apa-apa lagi.

1 Ulasan

Terbaru Lebih lama